KUALA LUMPUR: Jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir tahun lalu bernilai RM800 juta bersamaan 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah itu, kerugian membabitkan aset awam dan infrastruktur sebanyak RM380.7 juta; kediaman (RM168.3 juta); pertanian (RM120.6 juta); premis perniagaan (RM53.2 juta); kenderaan…